
MILIKI RUMAH PRIHATIN
SECARA PEMBIAYAAN BANK
Rumah TEREKONOMI SELESA dan TERKINI untuk seisi keluarga anda
SECARA PEMBIAYAAN BANK
Rumah TEREKONOMI SELESA dan TERKINI untuk seisi keluarga anda

RUMAH GENERASI BAHARU FELDA
Anda memiliki tanah, dan inginkan kediaman sendiri yang berekabentuk moden dan luas. Kini AISB memperkenalkan projek terbaharu ; RUMAH GENERASI BAHARU - PRiHATiN. Rumah yang direkacipta dengan ruangan dalaman yang luas serta selesa untuk seisi keluarga anda.


SPECIFICATION
| Roof Structure | Steel Trusses | |
|---|---|---|
| Floor Finishes | Metal Deck | |
| Wall Finishes | Exterior Interior Kitchen |
Skim coat / Jotun Paint Skim coat / Jotun Paint Glazed ceramic wall tiles at 1,500mm Glazed ceramic wall tiles at 1,500mm |
| Floor Finishes | Exterior Interior Kitchen |
Cement Render 600mm x 600mm porcelain floor tiles 600mm x 600mm porcelain floor tiles 300mm x 300mm porcelain floor tiles |
| Doors | Living Room | Alluminium Sliding Door |
| Doors | Living Room | Alluminium Sliding Door |
| Metal Frame | Room Doors (4nos) | Plywood |
| Bathroom Doors (2nos) | PVC |
Wall Finishes


Floor Finishes


Permohonan Rumah Prihatin Generasi Baharu Felda “Rumah Prihatin”
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia, berumur 18-60 tahun dan merupakan warga Generasi Baharu FELDA.
- Pemohon mestilah mempunyai surat hakmilik tanah sendiri yang sah, dengan syarat kegunaan perumahan.
- Tapak cadangan mestilah bersesuaian, berkeluasan minima 50’ x 70’ (3,500 kps), terletak di Rancangan Felda serta bebas daripada sebarang gadaian / sekatan ke atasnya.
- Sekiranya pemohon adalah pemilik bersama / bukan pemilik tanah, pemohon mesti menyediakan surat kebenaran yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bertauliah.
- Skim Rumah PRIHATIN ini hanya akan dipertimbangkan untuk pembiayaan rumah pertama kepada pemohon, pasangan dan pemohon bersama.
- Pemohon mestilah bekerja dan mempunyai pendapatan tetap minimum RM 1,500.00 / bulan sehingga maksimum RM 5,000 sahaja / bulan atau mana-mana jumlah yang ditetapkan pihak bank. Pemohon boleh juga membuat pembiayaan secara bersama dengan pasangan atau anak pemohon.
- Pemohon bersetuju untuk melantik pemaju / kontraktor untuk menguruskan permohonan pembiayaan skim Rumah PRIHATIN kepada pihak bank yang berkaitan.
- Melengkapkan borang permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan oleh pihak bank dan pihak pemaju / kontraktor.
- Sebut harga semasa bagi Rumah Prihatin Generasi Baharu Felda adalah RM 75,000, tidak termasuk kos pembiayaan, kos perjanjian pembinaan, kos guaman, takaful, deposit dan lain-lain berkaitan.
Senarai Semak Dokumen Lengkap
Anda perlu menyediakan dokumen dan maklumat yang berkaitan seperti yang diminta untuk memastikan proses permohonan yang lancar.
- Borang permohonan Rumah PRIHATIN Generasi Baharu Felda “Rumah PRIHATiN”
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon DAN Pemohon Bersama SERTA Pemilik Hakmilik Tanah jika berkaitan.
- Salinan sijil perkahwinan/ penceraian / kematian (suami /isteri) jika berkaitan
- Salinan Surat Hakmilik Hartanah (Muka surat nama ketuanpuyaan serta pelan tanah WAJIB disertakan)
- Surat Akuan Tanah beserta Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah (Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah/berkongsi nama atas satu tanah/pemohon bersama)
- Salinan Penyata Gaji Pemohon 6 Bulan terkini beserta pengesahan oleh Pegawai Gred A atau Salinan surat Pengesahan Pendapatan oleh Pegawai Felda/Ketua Kg. jika pemohon bekerja sendiri.
- Pengesahan Jawatan terkini oleh pihak majikan
- Salinan penyata akaun simpanan 6 bulan atau akaun semasa 6 bulan terkini.
- Salinan Penyata KWSP (terperinci bulanan) dan EA FORM (Penyata Tahunan) terkini.
- Lain-lain dokumen sokongan bagi membuktikan pendapatan tambahan seperti ASB, Tabung Haji, dan lain-lain (sekiranya ada).
- Borang Agrobank Home Financing-i (akan diberikan setelah dokumen berkaitan lengkap)
Penafian: Kelulusan permohonan tertakluk kepada permohonan lengkap yang diterima serta terma dan syarat daripada pihak Bank / Institusi Kewangan.










